Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-HABITAT) merupakan agensi PBB untuk agenda penempatan manusia. Ia diasaskan pada tahun 1978 dan berpusat di pejabat PBB di Nairobi, Kenya. Agensi ini diberi mandat oleh Perhimpunan Agung PBB untuk menggalakkan pembinaan bandar yang mantap dari segi sosial dan pemeliharaan alam sekitar, dengan matlamat menyediakan tempat tinggal yang cukup untuk semua penduduk dunia. Menurut Laporan Tahunannya bagi tahun 2006, menjelang pertengahan tahun 2007, dunia ini akan melihat lebih banyak penduduk yang tinggal di bandar dan bandar raya, berbanding dengan kawasan luar bandar, buat pertama kali dalam sejarah. Ini dirujuki sebagai ketibaan "milenium bandar". Tahun 2007 juga akan melihat bilangan penghuni kawasan sesak mencapai satu bilion. Berkenaan dengan arah aliran masa depan, 93% daripada pertumbuhan bandar akan berlaku di Asia dan Afrika, dan pada takat yang tidak begitu tinggi di Amerika Latin dan Caribbean. Menjelang tahun 2050, melebihi 6 bilion orang, iaitu dua pertiga daripada semua penduduk di dunia ini, akan tinggal di bandar dan bandar raya.Dokumen-dokumen utama yang menggariskan mandat UN-HABITAT ialah:UN-HABITAT mempunyai tiga buah pejabat kawasan, iaitu di Nairobi, Rio de Janeiro, dan Fukuoka.